ibu mertua saya Radiah bt Sulaiman..umurnya 64 tahun..26 April 2011 (selasa) jam 12.15 tengahari telah pergi meninggalkan kami semua..Al-fatihah buat arwah mak yang selama ini aku kenal seorang yang sangat tabah dan kuat menempuhi dugaan demi dugaan daripadaNya. sakit yang dideritai bertahun2 lamanya. Alhamdulillah arwah selamat disemadikan di perkuburan kampung Permatang pasir selepas Asar.
Buat mak..walaupun hani cuma menantu yang baru kenal mak selama hampir 6 tahun..tapi hani dapat rasakan hani seorang menantu yang bertuah kerana diberi peluang dan pengalaman yang sebegini..tiada huraian yang lebih baik buat mak..cuma kehadiran mak membahagiakan rumahtangga hani..didikan mak pada anak2 mak terutama suami hani telah menjadikan hani mendapat sebuah kehidupan berkeluarga yang sangat bahagia. Tanggungjawab yang mereka jalankan buat ibu mereka boleh dilihat dengan balasan kesejahteraan yang diperolehi. walaupun kami tidak kaya harta..tapi doa mak mengiringi perjalanan hidup kami semua. cuma hani mohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung jari..terlalu banyak dosa dan byk kekurangan semasa bersama mak..halalkan semua makan minum hani serta apa jua yang terlebih terkurang selama ini. semoga roh mak ditempatkan bersama2 golongan yang terpilih dan disayangiNya. TERIMA KASIH MAK..cuma satu hani terkilan mak tak sempat menatap anak ketiga kami insyaallah Lelaki waris pertama Keluarga kita..tapi hani redha dan terima ketentuan ini.
Rabu, 27 April 2011
Langgan:
Ulasan (Atom)
